Rabu, 23 Mac 2016

KENALI KAMI

NAMA KUMPULAN : SHAAFISABILILLAH
 
''RASULULLAH IKUTAN, PEMIMPIN DAN CONTOH 
TELADAN KITA''

                     
 
NAMA: HAMIZAH BT ABDUL RAHMAN
TARIKH LAHIR: 6.9.1995
TEMPAT LAHIR: HTAR
NO MATRIK: 10DAT15F1077

                  
 
NAMA: NURUL ATHIRAH BINTI AZIZAN
TARIKH LAHIR: 23.4.2997
TEMPAT LAHIR: HOSP. SEBERANG JAYA
NO MATRIKS: 10DAT15F1047

                                        
 
NAMA: NOOR ANNA BINTI ABU
                                   TARIKH LAHIR: 14.4.1989
                                   TEMPAT LAHIR: HOSP. DAERAH MUAR
                                   NO MATRIK: 10DAT15F1053
                                  
 
                      NAMA: SITI NUR SYAKIRAH BINTI MOHAMED HANIF
                      TARIKH LAHIR: 22.5.1997
                      TEMPAT LAHIR: HOSP. BESAR P. PINANG
                      NO MATRIK: 10DAT15F1600



PENGHARGAAN

          Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah bagi subjek Pengurusan Dalam Islam bagi kelas kami iaitu USTAZAH NOR SIDAH BINTI CHE DIN yang berkhidmat di Jabatan Pengajian Am Politeknik Seberang Perai kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami ketika menjalankan E-Folio ini dan telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada kami.
 
          Disamping itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi semangat dan dorongan untuk menyiapkan E-Folio ini. Jutaan terima kasih juga kepada penulis buku teks Pengurusan Dalam Islam kerana memberi keizinan kepada kami untuk melihat dan mengedit blogger untuk E- Folio kami.
 
          Akhir sekali, sekalung terima kasih kepada sahabat-sahabat kami iaitu pelajar dari kelas DAT 2A yang banyak membantu menyiapkan E-Folio ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami menyiapkan E-Folio Pengurusan Dalam Islam dengan jayanya.
 
 
 
 
 

OBJEKTIF

Melalui kajian ini, kami dapat:
  • Mengenal pasti sumber-sumber model Pengurusan Zaman Rasulullah S.A.W.
  • Dapat memberi pemahaman dan melatih kami dalam membuat satu kajian yang bersifat ilmiah.
  • Mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat.
  • Menghargai dan menanam semangat cinta akan agama dalam diri kami dan generasi muda yang lain.

 

DEFINISI PENGURUSAN ISLAM

AHMAD IBRAHIM SIN:
  • Pengurusan ialah satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang yang ingin menjadi pengurus.
 
MUHAMMAD  A. BURAEY:
  • Menjelaskan pengurusan sebagai menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
 
PROFESOR SYED OTHMAN ALHABSHI:
  • Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

SEJARAH DAN SUMBER PENGURUSAN ISLAM

ZAMAN PENGURUSAN RASULULLAH S.A.W
  •  Jangka masa 12 sebelum Hijrah hingga 11 Hijrah/610- 632 Masihi ialah Zaman Rasulullah S.A.W ialah zaman Rasulullah S.A.W. 
  • Amanah, tanggungjawab dan tugas Rasulullah S.A.W adalah mendaulatkan kalimah Allah S.W.T diatas muka bumi atau menyebarkan dakwah Islamiah. 
  • Bagi memastikan kesemuanya terlaksana, pemerintahan, pengurusan, dan pentadbiran yang cekap dan berkualiti telah diperjuangkan.
  • Pengurusan dan pembahagian tugas oleh Rasulullah S.A.W dalam pengurusan Negara Islam ketika itu bersifat sistematik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 
  • Diantaranya ialah meluaskan pengalaman dan amalan demokrasi, pengusaha tempatan lebih memahami masalah mereka dan dapat menyelesaikan masalah dengan sendirinya serta membantu memupuk semangat tanggungjawab kemasyarakatan, tempatan dan perpaduan kaum.
 
 
ERA MEKAH
  • Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah S.W.T.
  • Dua strategi dakwah ialah secara sulit dan secara terang-terangan.
  • Nabi Muhammad merancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu.
  • Apabila kedudukan Islam telah stabil dan kuat, barulah Nabi Muhammad S.A.W mengambil langkah berdakwah secara terang-terangan.
  • Setelah mengalami pelbagai dugaan ketika berdakwah di Mekah selama 10 tahun, akhirnya Allah membenarkan Rasulullah S.A.W berhijrah keluar bumi Mekah.
  • Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar :
  1. Mengupah Abdullah bin Uraiqat sebagai petunjuk jalan. Beliau bukan beragama Islam.
  2. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
  3. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki pada siang hari dan memberi susu pada waktu malam.
 
ERA MADINAH
  • Setelah Rasulullah S.A.W sampai ke Madinah, baginda telah membuat penyusunan terhadap masyarakat Madinah dengan melakukan :
  1. Program al-Muakha'
  • Merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlamat mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka iaitu dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
     2. Mendirikan masjid
  • Sebagai langkah untuk menyatupadukan umat Islam atas dasar Islam dan bukan atas semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Selain itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi menggerak setiap aktiviti yang dirancang.
     3. Menggubal Piagam Madinah
  • Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perlembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Madinah. Ia juga dijadikan bahan rujukan masyarakat setempat apabila timbul permasalahan dan pertelingkahan antara mereka.

FALSAFAH PENGURUSAN ISLAM

MATLAMAT PENGURUSAN
  • Pengurusan di zaman Rasulullah menanamkan sifat-sifat yang tersendiri iaitu kesederhanaan dan menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan.
  • Rasulullah selalu mengadakan perbincangan, berunding, bermesyuarat dan meminta pendapat para sahabat sebelum melakukan sesuatu tugas yang penting.
  • Sejarah pengurusan yang diterajui oleh Rasulullah terdapat dua peritiwa penting yang melibatkan pengurusan hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah (620 masihi) 
  • Sejak zaman Rasulullah, telah wujud satu pentadbiran dan pengurusan desentralisasi atau pengurusan tempatan.
  • Desentralisasi bermaksud pemusatan kuasa berkaitan dengan hal pentadbiran dan pengurusan yang hanya diputuskan oleh ketua pemerintahan.
  • Sumber naqli ialah sumber berdasarkan wahyu ialah Al-Quran dan Al-Sunnah.
 
(a) Al-Quran merupakan sumber pertama dan utama ajaran Islam :
  • Al-Quran menggunakan istilah "pentadbiran" yang berdasarkan kata dasar dabbara, yang merujuk kepada pentadbiran dan pengurusan.
  • Antara prinsip yang berkaitan dengan pengurusan Islam di dalam Al-Quran ialah :
  • Keperluan kepada pematuhan terhadap ikatan, perjanjian serta tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Menentukan matlamat atau objektif yang jelas.
  • Memberi ganjaran atau upah berdasarkan usaha yang dilakukan. 
(b) Sumber pengurusan yang kedua ialah Al- Sunnah yang merupakan sumber Naqli, dalam konteks  pengurusan, Al- Sunnah menjadi sumber utama untuk dilihat sebagai sesuatu yang bersifat nilai dan prinsip yang seharusnya diaplikasikan.

(c) Sumber pengurusan Islam yang ketiga ialah amalan para sahabat. terdapat beberapa intisari surah yang berupa arahan pentadbiran iaitu hendaklah membentuk diri agar menjadi contoh kepada orang lain.

(d) Sumber pengurusan Islam yang ke-empat ialah penulisan ulama atau pemikiran Islam dengan kemantapan ilmu dan pengalaman serta kefahaman yang mendalam tentang dasar-dasar Islam telah menghasilkan tulisan yang berkaitan dengan Pengurusan Islam.


 
.

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

LAPAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
 
a) AL- UBUDIYAH (Matlamat)
- Ubudiyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
 
b) AL- SYURA (Amalan Para Sahabat)
- As- Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan ditegaskan dengan nyata di dalam Al- Quran dan diperkukuhkan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat.
 
c) AL- ADALAH (Keadilan)
- Keadilan merupakan konsep yang luas yang harus dilaksanakan dalam kehidupan manakala dalam konteks organisasi, ia perlu dijadikan tunjang kepada setiap amalan dan perbuatan.
 
d) AL- MUSAWAH (Persamaan)
- AL- Musawah atau persamaan merujuk kepada " bahawa setiap individu di anggap sama dari sudut kemanusiaannya, peraturan dan undang-undang.
 
e) AL- HURRIYAH (Kebebasan)
- Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan.
 
f) AL - ITQAN (Ketekunan)
- Itqan atau kuantiti dalam konteks pengurusan melibatkan tiga dimensi iaitu yang utama ialah kualiti pemimpin, kualiti pekerja dan kualiti barangan.
 
g) AL- MAS'ULIYAH (Bertanggungjawab)
- Merujuk kepada sifat bertanggungjawab terhadap amanah dan tugas yang diberikan.
 
h) AL- TA'AH (Ketaatan)
- Prinsip ini merujuk kepada sifat ketaatan, khususnya yang melibatkan pengikut dan pemimpin
 
 



PEMBAHAGIAN PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W DI MEKAH

 
DAR AN-NADWAH
- Merupakan institusi perundangan dan pelaksanaan di Mekah

AL- SIQAYAH
- Iaitu jabatan yang berfungsi menjamin bekalan air yang mencukupi kepada Jemaah Haji di musim Haji.

AL- HIJABAH
- Iaitu jabatan yang berfungsi menjaga Kaabah, memegang anak kunci serta menguruskan urusan berkaitan dengannya.

AL - RIFADAH
- Iaitu jabatan yang bertanggungjawab untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi kepada Jemaah Haji serta fakir miskin yang tiba di Mekah untuk menunaikan Haji.

AL- IMRAH
- Merupakan jabatan yang berfungsi menjaga dan memelihara kesucian Kaabah dari dicemari sama ada melalui perkataan serta perbuatan.

AL - SIFARAH
- Merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengan perdamaian dan perbalahan serta pertelingkahan diantara pelbagai puak.
 
AL- KHAZANAH
- Merupakan jabatan yang mengendalikan urusan kewangan orang ramai

AL- ASHNAQ
- Merupakan jabatan yang mengelolakan pembayaran kematian dan kecerderaan

AL- KHAIMAH
- Merupakan jabatan yang bertugas menguruskan urusan keselamatan
 
AL- HUKUMAH
- Merupakan jabatan yang berkaitan dengan hal kehakiman
 
 



VIDEO

 

RUMUSAN

          Pengurusan merupakan sebahagian daripada kehidupan muslim dan telah di amalkan dari awal Islam lagi. Rasulullah S.A.W. perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan berjaya menyatupadukan umat Islam. Kejayaan Rasulullah S.A.W walaupun berjaya dengan pertolongan Allah, namun tanpa pengurusan terbaik tidak mungkin dapat dicapai. 

          Pengurusan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam kerana fungsinya sebagai pendokong atau pelaksana kepada dasar pemerintahan. Pemerintahan yang tidak membawa apa-apa erti tidak akan mencapai matlamatnya tanpa bantuan dari pengurusan. Justeru itu, pentingnya pengurusan dari kaca mata Islam adalah sama dengan kepentingan pemerintahan itu sendiri. 


Selasa, 22 Mac 2016