Pengurusan merupakan sebahagian daripada kehidupan muslim dan telah di amalkan dari awal Islam lagi. Rasulullah S.A.W. perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan berjaya menyatupadukan umat Islam. Kejayaan Rasulullah S.A.W walaupun berjaya dengan pertolongan Allah, namun tanpa pengurusan terbaik tidak mungkin dapat dicapai.
Pengurusan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam kerana fungsinya sebagai pendokong atau pelaksana kepada dasar pemerintahan. Pemerintahan yang tidak membawa apa-apa erti tidak akan mencapai matlamatnya tanpa bantuan dari pengurusan. Justeru itu, pentingnya pengurusan dari kaca mata Islam adalah sama dengan kepentingan pemerintahan itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan