Rabu, 23 Mac 2016

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

LAPAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
 
a) AL- UBUDIYAH (Matlamat)
- Ubudiyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
 
b) AL- SYURA (Amalan Para Sahabat)
- As- Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan ditegaskan dengan nyata di dalam Al- Quran dan diperkukuhkan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat.
 
c) AL- ADALAH (Keadilan)
- Keadilan merupakan konsep yang luas yang harus dilaksanakan dalam kehidupan manakala dalam konteks organisasi, ia perlu dijadikan tunjang kepada setiap amalan dan perbuatan.
 
d) AL- MUSAWAH (Persamaan)
- AL- Musawah atau persamaan merujuk kepada " bahawa setiap individu di anggap sama dari sudut kemanusiaannya, peraturan dan undang-undang.
 
e) AL- HURRIYAH (Kebebasan)
- Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan.
 
f) AL - ITQAN (Ketekunan)
- Itqan atau kuantiti dalam konteks pengurusan melibatkan tiga dimensi iaitu yang utama ialah kualiti pemimpin, kualiti pekerja dan kualiti barangan.
 
g) AL- MAS'ULIYAH (Bertanggungjawab)
- Merujuk kepada sifat bertanggungjawab terhadap amanah dan tugas yang diberikan.
 
h) AL- TA'AH (Ketaatan)
- Prinsip ini merujuk kepada sifat ketaatan, khususnya yang melibatkan pengikut dan pemimpin
 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan