Rabu, 23 Mac 2016

FALSAFAH PENGURUSAN ISLAM

MATLAMAT PENGURUSAN
  • Pengurusan di zaman Rasulullah menanamkan sifat-sifat yang tersendiri iaitu kesederhanaan dan menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan.
  • Rasulullah selalu mengadakan perbincangan, berunding, bermesyuarat dan meminta pendapat para sahabat sebelum melakukan sesuatu tugas yang penting.
  • Sejarah pengurusan yang diterajui oleh Rasulullah terdapat dua peritiwa penting yang melibatkan pengurusan hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah (620 masihi) 
  • Sejak zaman Rasulullah, telah wujud satu pentadbiran dan pengurusan desentralisasi atau pengurusan tempatan.
  • Desentralisasi bermaksud pemusatan kuasa berkaitan dengan hal pentadbiran dan pengurusan yang hanya diputuskan oleh ketua pemerintahan.
  • Sumber naqli ialah sumber berdasarkan wahyu ialah Al-Quran dan Al-Sunnah.
 
(a) Al-Quran merupakan sumber pertama dan utama ajaran Islam :
  • Al-Quran menggunakan istilah "pentadbiran" yang berdasarkan kata dasar dabbara, yang merujuk kepada pentadbiran dan pengurusan.
  • Antara prinsip yang berkaitan dengan pengurusan Islam di dalam Al-Quran ialah :
  • Keperluan kepada pematuhan terhadap ikatan, perjanjian serta tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Menentukan matlamat atau objektif yang jelas.
  • Memberi ganjaran atau upah berdasarkan usaha yang dilakukan. 
(b) Sumber pengurusan yang kedua ialah Al- Sunnah yang merupakan sumber Naqli, dalam konteks  pengurusan, Al- Sunnah menjadi sumber utama untuk dilihat sebagai sesuatu yang bersifat nilai dan prinsip yang seharusnya diaplikasikan.

(c) Sumber pengurusan Islam yang ketiga ialah amalan para sahabat. terdapat beberapa intisari surah yang berupa arahan pentadbiran iaitu hendaklah membentuk diri agar menjadi contoh kepada orang lain.

(d) Sumber pengurusan Islam yang ke-empat ialah penulisan ulama atau pemikiran Islam dengan kemantapan ilmu dan pengalaman serta kefahaman yang mendalam tentang dasar-dasar Islam telah menghasilkan tulisan yang berkaitan dengan Pengurusan Islam.


 
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan